Thursday, September 27, 2018



Rajah 1 : Peta Minda LMS


SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
1.0   Pengenalan
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) merupakan salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap prasekolah sehingga tahap universiti. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.
2.0   Definisi
Sistem Pengurusan Pembelajaran  adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem- sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para guru, pentadbir dan sistem.
3.0   Ciri-ciri Sistem

3.1   Mudah
Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran  Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu  Berupaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.  Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.  Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan sesuatu maklumat.
3.2   Kreatif
Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat . Kebolehan untuk memperkatakan tentang sesuatu produk pembelajaran dengan mengiktirafkan harta intelek.
3.3   Peka
Bersikap positif dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri ketika diberi kerja.  Tidak menangguh-nangguh kerja yang diberikan. Ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan sesuatu tuntutan kerja. Bersifat terbuka sekiranya diberikan tugasan atau kerja yang baru. Melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin.
3.4   Sentiasa Melakukan Penambahbaikkan
Mampu meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri. Melakukan Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian. Memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.

4.0   Kegunaan
Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur , memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat. Dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem dan meningkatkan kebolehan dalam pembelajaran.

5.0   Kepentingan
Mewujudkan Pembelajaran Berpusat ,pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.  Membantu pelajar mencari apa-apa maklumat pembelajaran yang diperlukan,c membantu dan memudahkan proses pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Rajah 1 : Peta Minda LMS SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) 1.0    Pengenalan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learni...